Latihan Yang Sebenar

|

Minggu ini adalah minggu yang memenatkan. Agak banyak obstikal yang perlu Sqwad tempuhi. Latihan yang perlu direntangi minggu ini adalah lebih kepada latihan ketahanan mental. Selama manakah anda dapat berdiri jika disepak terajang bertub-tubi tanpa mengenal belas kasihan? Semuanya bergantung kepada ketahanan fizikal dan mental diri anda. Keduanya adalah saling memerlukan agar anda tidak akan mudah jatuh rebah.

Di kelas dan latihan , Memang agak berdesing telinga mendengar tomahan dan kritikan squad dan JL. Sakit dan perit. Betul-betul menguji kesabaran. Bagi sesiapa yang pernah menjalani bagaimana kehidupan dan menjalani kehidupan sebagai seorang militer pasti faham akan situasi sebegini. Walaubagaimanapun, ini semuanya adalah latihan mental yang perlu Sqwad tempuhi. Samalah juga jika diluar. Mungkin akan lebih hebat lagi dugaannya, bukan? Jika di medan dan latihan kita didedahkan lebih kepada ketahanan fizikal, mental adalah sinonim dan susulan kepada fizikal. Ianya adalah constrain kepada seorang jaguh medan untuk memahirkan diri sebagai produk yang berkualiti kepada negara. Jika anda rapuh, anda rebah diperjalanan. Perjalanan tidak hanya terhenti disitu. Pastinya jauh lagi dan lebih banyak dugaan mendatang.

Sememangnya latihan seperti ini adalah untuk ketahanan metal diri.

Size isn't matter. Kita harus sedar sekarang adalah zaman peperangan moden. Yang paling penting ialah siapakah sekutu kita. Jika kita lihat pada Korea Utara, mereka adalah berkefahaman komunis dan lebih suka berpropaganda dan melaga-lagakan negara serantau. Lihat sahajalah media di negara tersebut, medianya lebih gemar mengadu domba dan konsequensnya, ini akan memburukkan keadaan. Berbeza pula dari Korea Selatan, mereka lebih memilih untuk tidak bersifat terlalu defensif dan merupakan inverter dari negara jirannya yang dikatakan lebih besar dan lebih ramai tenaga tenteranya. Kita harus berpendirian seperti Korea Selatan yang bersahaja dengan neutral sifatnya. Tidak gentar apabila digertak dan tidak mudah melenting apabila didebik.

Semuanya tak gentar beb. "Aku seorang yang cekal walaupun berhati tisu", getus hatiku. Kadang kala berdiam diri adalah jalan yang terbaik daripada mempertahankan hak. Silap langkah, binasa diri. Walauapapun, Sqwad tahu bahawa diri sendiri adalah yang terbaik. No one else does.

0 comments:

Post a Comment