PERSELISIHAN INDO-MALAYSIA : SIAPA SEBALIK SEMUA INI?

|
Kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia pada hari ini kian memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massa dia negara tersebut kebelakangan ini.

Pada awal September ini. Kita dikejutkan apabila terdapat sekumpulan anti-Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakrat (BENDERA) yang mula bertindar secara membabi-buta dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh tajam dan senjata tajam agar meninggalkan negara tersebut secepat mungkin. Kejadian ini berlaku di Jalan Diponegoro, Jakarta pada baru-baru ini.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh yang diasah tajam menahan dan memaksa orang ramai menunjukkan pengenalan diri dan jika mendapati orang Malaysia, maka orang tersebut akan ditahan.

Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati pelajar Malaysia agar jangan sekali-kali melalui di Jalan Diponegoro bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman pelajar Malaysia di Yogjakarta dibaling telur busuk oleh sekumpulan demokrasi yang terdiri daripada mahasiswa tempatan kerana kemarahkan mereka berikutan sebuah laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia pencuri tarian Pandet yang berasal dari Bali.

Berikutan daripada hal tersebut. Media massa tempatan terus memprovokasikan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula. Beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstraso didepan kediaman Kedutaan Besar Malaysia disini.

Bagaimanapun, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, dan berakhir hanya selepas setengah jam kemudian.

Sqwad percaya, hal ini dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan kita adik beradik serumpun. Kuasa-kuasa yang PHD dibelakang sedang melobikan dan provokasikan supaya berlaku ketegangan yang membawa kepada peperangan antara serumpun.

MALINGSIAL adalah terminalogi yang diberikan kepada Malaysia oleh pihak yang kononnya nasionalis tetapi buta dan bebal tentang kenegaraan dan patriotisme. Istilah ini juga lahir apabila mereka mendakwa Malaysia banyak menciplak karya dan warisan dari Indonesia. Wahai saudara serumpun, hentikanlah semua ini. Tiada guna kita bermusuhan. Kita semua adalah sama. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

0 comments:

Post a Comment