Reaksi Rakyat Singapura Diatas tangkapan Mas Selamat Kastari

|
Pertama sekali Sqwad ucapkan syabas kepada PDRM kita kerana telah berjaya dalam satu lagi misi dalam penangkapan Mas Selamat Kastari, ketua Jemaah Islamiah (JI) di Singapura yang melarikan diri dari tahanan yang bersekuriti tinggi pada 27 Febuari 2008. Pencarian untuk untuk penangkapannya telah disifatkan sebagai usaha memburu terbesar pernah melancarkan di Singapura. Dia akhirnya ditawan semula dalam Johor Bahru, Malaysia pada April 1, 2009, iaitu selepas lebih setahun selepas pelariannya. Penahanan semula Mas Selamat membuktikan bahawa polis kita sememangnya lebih cekap dan efisyen berbanding yang menahan Mas Selamat didalam tahanan yang dikatakan bersekuriti maksimum (Whitley Road Detention Centre) oleh pihak Singapura.

1. Penahanan Mas Selamat oleh polis Special Branch Malaysia membuktikan pihak berkuasa ini sebenar-benarnya amat efisien dan cekap, lebih handal dari CIA dan FBI yang sehingga kini masih gagal menangkap Osama Laden walaupun dengan kemajuan teknologi dan bajet berbilion dolar yang mereka perolehi.

2. Special Branch polis atau SB sudah terbukti cekap sejak dari zaman darurat lagi, melalui perisikan mereka, kegiatan subservif komunis dapat dihalang.

3. Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana menjadi agen KGB tidak lama dahulu pernah memuji polis mereka sebagai antara yang tercekap, sehingga berjaya menghidu kegiatan pengintipan beliau.

4. Jadi hentikanlah dari melibatkan diri anda dalam kegiatan yang menghina pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), contohnya mereka ini tidak cekap, kaki rasuah dan lain-lain lagi. Anda mengutuk keupayaan bangsa anda sendiri sebenarnya.

5. Ini cakap-cakap rakyat Singapura yang sentiasa memandang rendah pada kita, malangnya ada sebilangan rakyat Malaysia yang terikut-ikut dengan mentaliti ini

6. Kepada mereka yang mengutuk dan menghina ini, pernahkah sekali atau 10 kali dalam hidup anda mengutuk polis Amerika Syarikat, Israel atau polis Singapura? berbanding kutukan yang anda lontarkan kepada polis negara anda sendiri.

7. Baiklah, cukup dengan momokan. Rakyat Singapura sebenarnya amat malu apabila Mas Selamat melarikan diri dari penjara mereka kerana selama ini mereka berasakan, polis atau pihak berkuasa mereka adalah yang paling cekap.

8. Paling cekap sehingga mereka sangsi dengan keupayaan PDRM dan berlagak sombong apabila polis-polis kita menahan kereta rakyat republik ini, cerita ini saya tahu dari kenalan saya yang berada dalam polis sendiri.


BERIKUT SAYA SERTAKAN BEBERAPA ULASAN DARI FORUM RAKYAT SINGAPURA MENGENAI MAS SELAMAT :

*malaysia boleh, man!even with an underpaid police force.....(Malaysia mampu walaupun pasukan polis kita dibayar gaji lebih rendah dari polis mereka).

*Just curious. do we have to pay the malayian police the reward?

*haha do u guys see the difference in style between the msian report and sg's? Singapore's ST (Singapore newspaper) report says that a major reason why mas selamat was captured was because of their tip-off. The star (Malaysian newspaper) says the tip off was due to Sg and Indo too (Laporan akhbar Malaysia lebih balance dengan memberikan kredit kepada polis Indonesia dan Singapura sedangkan akhbar Singapura pula mencanangkan kononnya kejayaan itu disebabkan bantuan intelligence dari Singapura sahaja).

*malaysia? boleh!

*Can we hire "Y.B Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein" and fire Wong Kan Seng? He is definitely cheaper and more effective than Wong Kan Seng, we don't have to pay him millions a year (Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ternyata lebih cekap dari Menteri Dalam Negeri Singapura Wong Kan Seng).

*Kudos to Malaysia's Ministry of Home Affairs (Tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia).

*I was thinking same thing... April's fool, haha...don't think Singapore went to claim credit... the credit was given to Singapore throught Malaysian newspaper "The Star".How true, i don't know... Maybe Malaysia want to give Singapore some face bah... But probably got help a bit lah (Polis Malaysia mengakui Singapura ada memberi tip off tetapi penulis ini beranggapan bahawa kerajaan Malaysia memberi kredit kerana tidak mahu memalukan Singapura).

*My friend who read the newspaper today said, they emphasized and re-emphasized that it was with ISD help that the Malaysian Police caught Mas Selamat Kastari.That is government propaganda for you. (Pihak kerajaan Singapura berulang kali menyiarkan dalam akhbar bahawa dengan bantuan merekalah, polis Malaysia dapat menangkap Mas Selamat)

*What face is there to save? He was captured after being on the run for more than a year! Who knows what further damage he has done while on the run. He was not captured on Singapore soil because we have the great Wong Kan Seng who thought he gave us a clever insight into Mas Selamat's whereabouts with his "could be here, could be not here" bleedy stupid line, especially from a man earning $m!!

If a member of the opposition had said something so stupid, the bleedy PAP will die of laughter. But because one of their idiots said it, they managed to keep a straight face and looked at WKS like this joker can really protect Singapore! What face to save?! As long as his $m rice bowl is protected, face is secondary (Sebenarnya sebelum hebah Mas Selamat ditangkap Malaysia, Menteri Dalam Negeri Singapura yang bergantung kepada maklumat risikannya bermati-matian mengatakan bahawa Mas Selamat berada di Singapura atau di luar Singapura (Indonesia), tetapi rakyat Singapura mengalami kejutan besar apabila polis Malaysia menangkap Mas Selamat di Johor).

PERBEZAAN LAPORAN AKHBAR SINGAPURA DAN MALAYSIA

STRAITS TIMES (SINGAPORE) said:

"Intelligence provided by Singapore's Internal Security Department late last year led to a joint operation between Malaysia and Singapore's security agencies that eventually saw them arresting Mas Selamat in Johor in April."

THE STAR (MALAYSIA) said:

"It is learnt the fugitive, who escaped from a Singapore maximum security detention centre on Feb 27, 2008 was arrested in Johor together with two others by Special Branch officers following intelligence sharing between the police forces of Indonesia and Singapore."

Artikel Ini dipetik dari militaryofmalaysia.blogspot.com/


1 comments:

j4l4k said...

Kebebasan akhbar di Malaysia lebih baik walaupun ada permasalahannya berbanding dengan Singapura yg terbatas secara keseluruhan.

Post a Comment