Grand Opening

|
Salam, Hari ini hari yang cukup bermakna kerana Sqwad berjaya menyiapkan segala tugasan Core Abilities yang kumulatif sejak penggal yang lalu. Hari yang juga bermakna kerana Sqwad baru sahaja berpeluang untuk membuka sebuah lagi Journal Cube aka blog baru yang bernama Sqwad Bourne.


Nama Sqwad diambil daripada perkataan Squad yang bermaksud satu kumpulan unit militer kecil yang juga merupakan unit dibawah platun infantary dan diketuai oleh Non-Commisioned Officer (NCO). Manakala Bourne pula diilhamkan daripada perkataan Airbourne kerana Sqwad sendiri amat meminati Sky dan Parachuting.

Baiklah, tujuan SB dicipta tidak lain tidak bukan untuk Sqwad bersosial dalam dunia blogging dalam niche atau main keyword DEFENCE. Ya betul, pertahanan. Mengapa pertahanan? Sqwad memilih konsep pertahanan kerana bagi Sqwad ianya adalah perlu diaplikasikan oleh semua golongan dan bukannya diberi kepercayaan 100% kepada angkatan bersenjata negara, kerajaan amnya.

Niat Sqwad bukan kerana sebagai individu yang pro-government, tetapi ingin menyampaikan mesej supaya masyarakat negara pada hari ini menyedari bahawa pentingnya pertahanan secara menyeluruh iaitu meliputi dan melibatkan semua golongan. Baik angkatan pertahanan kita bahkan diperingkat awam dan institusi profesional lain. Pertahanan menyeluruh atau Hanruh sudah lama diperkenalkan oleh Kementrian. Hanruh merupakan suatu konsep pertahanan yang mengemblengkan peranan aktif masyarakat bukan tentera. Hanruh menekankan supaya kesinambungan peranan mempertahankan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan sahaja tetapi juga anggota masyarakat keseluruhan.


Hanruh diperkenalkan, sejak tahun 1986 dan dijadikan sebagai salah satu prinsip asas Dasar Pertahanan Negara dan sebagai strategi dalam mempertahankan kepentingan negara.

Komponen Hanruh adalah meliputi aspek berikut:

a. Kesiagaan Keselamatan;
b. Keutuhan dan Perpaduan Masyarakat;
c. Kesiagaan Awam;
d. Daya Tahan Ekonomi; dan
e. Ketahanan Psikologi.

Kesiagaan keselamatan merangkumi kesiagaan anggota keselamatan dan lain-lain agensi keselamatan bagi melindungi nyawa dan harta benda serta memelihara keselamatan awam. Untuk melaksanakan amanah ini, angkatan keselamatan mestilah mempunyai anggota yang terlatih, mahir dan bermotivasi serta sentiasa menghadapi sebarang ancaman. Seperti Sqwad tekankan dari mula, pertahanan secara menyeluruh juga perlu ada pada setiap rakyat, yang juga hendaklah melibatkan diri dalam usaha-usaha pembekalan kemudahan asas yang berterusan di dalam keadan perang, darurat dan bencana dari segi fizikal dan mental.

Diharapkan, tujuan SB dicipta dapat memberi input yang positif kepada semua pihak.

Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment