Penyeksaan Adalah Perlu

|
Apakah yang ada rasa jika torture atau seksa masih dilaksakakan sekarang? Seksa adalah mengenakan kesakitan secara fizikal atau psikologis sebagai cara untuk kekejaman, menakut-nakutkan, menghukum, atau untuk mendapatkan pengakuan atau maklumat. Perbuatan menyeksa adalah dilarang di bawah Persidangan UN yang Menentang Penyeksaan dan dianggap pelanggaran hak asasi manusia yang amat serius.

Pada Zaman Pertengahan dan sehingga abad ke 18, penyeksaan digunakan oleh banyak kerajaan dan negara pada masa dahulu yang dipercayai cara sah untuk mendapatkan keterangan dan pengakuan daripada orang yang disyaki untuk digunakan dalam perbucaraan. Penggunaan penyeksaan ini dianggap tidak betul, kerana orang disyaki akan melakukan apa sahaja dan akan mencipta cerita agar penyeksaan dihentikan.
Penyeksaan terus kekal menjadi kaedah popular untuk menindas dalam regim totalitarianisme, pengganas dan jenayah terancang. Walaupun dikalangan masyarakat Barat, pihak polis kadang-kala berpaling kepada penyeksaan dan sering disokong oleh ahli politik yang bersimpati.

Israel telah menggunakan penyeksaan sekurang-kurangnya seawal pada tahun 1970, tetapi hanya pada tahun 1987 Mahkamah Agung Israel membentuk Badan khas "special commission", untuk meneliti kembali kesemua persoalan mengenai penyeksaan. Dalam laporan mereka, mereka membenarkan penggunaan "tekanan fizikal serdahana". Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan bahawa 85% daripada tahanan Palestin diseksa. Kaedah digunakan termasuk penafian tidur berlarutan, penafian penglihatan berlarutan dengan menggunakan penutup mata atau penutup kepala ketat, forced, dan ancaman lisan dan penghinaan. Selalunya ia diikuti dengan pengurungan dalam ruang sempit, seperti almari, terdedah kepada suhu melampau, seperti bilik sengaja disejukkan, penafian kebersihan dan penggunaan bilik air yang berlarutan, dan layanan buruk, seperti memaksa tahanan untuk makan dan menggunakan tandas serentak. Dipukul juga adalah pekara biasa.

Bagaimana jika perasaan anda jika dunia hari ini masih mengamalkan penyeksaan atau torture sebelum tertubuhnya rang undang-undang sebrlum abad ke 18? Dapatkah anda bayangkan apabila kuku anda dicabut satu persatu semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Pastinya anda yang membaca ini pun sudah gerun membayangkannya. Walaubagaimanapun, pada hari ini pada hari ini penyeksaan masih lagi digunakan pada hari ini, tetapi berbentuk psikologi yang lebih bertujuan untuk mendesak penjenayah untuk membocorkan rahsianya.

Walaupun begitu, jika di dalam latihan tentera, penekanan perasaan atau latihan yang bertujuan untuk menguatkan mental. Ianya tidak dipanggil sebagai salah satu aktiviti yang berbentuk penyeksaan.Latihan seperti ini adalaha mememangnya perlu untuk melatih tentera negara untuk tidak mudah rebah.

0 comments:

Post a Comment