Penyeksaan Adalah Perlu

|
Apakah yang ada rasa jika torture atau seksa masih dilaksakakan sekarang? Seksa adalah mengenakan kesakitan secara fizikal atau psikologis sebagai cara untuk kekejaman, menakut-nakutkan, menghukum, atau untuk mendapatkan pengakuan atau maklumat. Perbuatan menyeksa adalah dilarang di bawah Persidangan UN yang Menentang Penyeksaan dan dianggap pelanggaran hak asasi manusia yang amat serius.

Pada Zaman Pertengahan dan sehingga abad ke 18, penyeksaan digunakan oleh banyak kerajaan dan negara pada masa dahulu yang dipercayai cara sah untuk mendapatkan keterangan dan pengakuan daripada orang yang disyaki untuk digunakan dalam perbucaraan. Penggunaan penyeksaan ini dianggap tidak betul, kerana orang disyaki akan melakukan apa sahaja dan akan mencipta cerita agar penyeksaan dihentikan.
Penyeksaan terus kekal menjadi kaedah popular untuk menindas dalam regim totalitarianisme, pengganas dan jenayah terancang. Walaupun dikalangan masyarakat Barat, pihak polis kadang-kala berpaling kepada penyeksaan dan sering disokong oleh ahli politik yang bersimpati.

Israel telah menggunakan penyeksaan sekurang-kurangnya seawal pada tahun 1970, tetapi hanya pada tahun 1987 Mahkamah Agung Israel membentuk Badan khas "special commission", untuk meneliti kembali kesemua persoalan mengenai penyeksaan. Dalam laporan mereka, mereka membenarkan penggunaan "tekanan fizikal serdahana". Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan bahawa 85% daripada tahanan Palestin diseksa. Kaedah digunakan termasuk penafian tidur berlarutan, penafian penglihatan berlarutan dengan menggunakan penutup mata atau penutup kepala ketat, forced, dan ancaman lisan dan penghinaan. Selalunya ia diikuti dengan pengurungan dalam ruang sempit, seperti almari, terdedah kepada suhu melampau, seperti bilik sengaja disejukkan, penafian kebersihan dan penggunaan bilik air yang berlarutan, dan layanan buruk, seperti memaksa tahanan untuk makan dan menggunakan tandas serentak. Dipukul juga adalah pekara biasa.

Bagaimana jika perasaan anda jika dunia hari ini masih mengamalkan penyeksaan atau torture sebelum tertubuhnya rang undang-undang sebrlum abad ke 18? Dapatkah anda bayangkan apabila kuku anda dicabut satu persatu semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Pastinya anda yang membaca ini pun sudah gerun membayangkannya. Walaubagaimanapun, pada hari ini pada hari ini penyeksaan masih lagi digunakan pada hari ini, tetapi berbentuk psikologi yang lebih bertujuan untuk mendesak penjenayah untuk membocorkan rahsianya.

Walaupun begitu, jika di dalam latihan tentera, penekanan perasaan atau latihan yang bertujuan untuk menguatkan mental. Ianya tidak dipanggil sebagai salah satu aktiviti yang berbentuk penyeksaan.Latihan seperti ini adalaha mememangnya perlu untuk melatih tentera negara untuk tidak mudah rebah.

Ibarat Melepaskan 'Anjing' Tersepit

|

Tindakan segelintir rakyat Indonesia, ibarat melepaskan ‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.

Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.

Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.

Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.

Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.

Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.

Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.

Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.

Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.

Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.

Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.

Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.

Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa?

Dipetik dari Utusan Malaysia

Teks Pengucapan Awam

|
Selamat Pagi! Dikesempatan ini Sqwad mahu berkongsikan teks public speaking yang akan digunakan secara kasar dikelas nanti. Diharapkan gaya bahasa yang digunakan selesa dan senang mendengar atau membacanya disamping menyeru kepada orang ramai tentang kepentingan untuk mempertahankan negara dari penjajah. Amin..

Today is the most hictorical piece of mine to share an issues of the regional. Stand with a full of excite I will receive the cause of the issues.

Ganyang Malaysia

This is the slogan which is used by the president of Indonesia, Sokaerno in undeclared war over the future of the island of Borneo, between Malaysia and Indonesia during 1962–1966.

“Ganyang” means “crush” and “maling” means “steal” in Malay, a reference to Indonesians’ belief that Malaysia has been adopting as its own what they see as Indonesian culture and heritage. They call us Malaysia as a stealer, a cultural hijacker, terrorist recruit country, and a uncreative country which is stands as a poor people.

Nowadays, there are hundreds of thousands of netizens have joined groups such as Anti-Malaysia (Malingsia - they call us maling, which is mean 'Stealer') and Ganyang Malaysia on social networking site Facebook, personal blogs and forums. This situation are most like a cyber war between the country.

This angry rhetoric on the Net mirrors the anger seen on the streets of Jakarta earlier last month, when Indonesians staged protests and attempted to search for Malaysian passers-by in Jalan Diponegoro, Jakarta. Those unethetical action are stroke by anti Malaysia action, the Benteng Demokrasi Rakrat (BENDERA).

The ill will surfaced after Indonesians saw a Malaysian tourism promotion video clip featuring the pendet dance, which is origin from Bali, Indonesia as say is theirs. Is anyone here known where the pandet dance is avail in our country. If me, I said no. The pandet dance are sound too extraneous to me. By the way, the tourism promotion video are products from a Singaporean production agency to the Discovery Channel. This is a big misunderstanding when Malaysia do not have the heritage as claims. The Discovery Channel cable network, which broadcast the video, apologized for the clip produced by a private company – and not by the government – but this did not calm emotions in Indonesia.

Due this, our flag the Jalur Gemilang are burned out and our main chancellery in Jakarta are trown by stone by those irresponsible Indonesians in that orange country. Our migrants are arrested and treaten with sharp bamboos stick so as to leave the country and homewards to Malaysia.

As we know, not all the Indonesians are bad as their action, but the false information and greediness of media were spread by the Indonesia mass media attribute to this tragedic. The BENDERA are plans to starting a riot as will move to our beloved country by today. The force are complete with a sharp bamboo as weapon will debark to our land with more than 1500 people.

I'm here not stand as to provoke all of audience and are not planning to starting a revolution towards this threats. But I'm stand here as to remind all of you to take the precaution step to attempts in keep our country safe. Do not starts any provoke in any anti Malaysia site because this will convey to the unfinished issues. Make sure all of us have the police or enforcement contact number for easy to touch with them when the unsudden tragedy happen. Let's take this shout to not to be a dedicated and responsible citizens.

What is sacrifice is you done to the country? What is the contribution you have give to the country? and what is we as the necessary to the country? Don't ask what is the country give to us, but think what is our contribution and sacrifice to improve and developed our beloved homeland to become a good homeplace and country. By the issues, I'm very confidence there are mastermind in this conflict.

But sometimes, be silent is a form of sacrificed because when we be too defensive, they enjoy in what they degrees to us! But, when just ignore those allegation as we enjoy our meals, they will fed this up because there are no respond from our side. In a time, they will bored of what the done. and they will stop. Sometimes with didn't take any action will save us from such those allegation.

Now I rest my case to all of you to preserve our Malaysia as well as the independent struggler to free up our country from British in pass 52 years ago. Those are my point which i'm shared in this 5 minutes why we must keep our country save from other power.

Salam 1 Malaysia and Assalamualaikum.

Konfrontasi Kedua Bakal Berlaku?

|
Dalam klip video di bawah, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa turut dibodohkan. BENDERA ini adalah kumpulan yang sama yang telah gagal melakukan sweeping warga Malaysia di Jakarta pada bulan lepas.




Menurut The Star, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Mereka kononnya telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia yang terdiri daripada pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula.

Ini diakui sendiri oleh akhbar Indonesia berikut.
Koordinator Bendera Mustar Bonaventura mengklaim, pihaknya sudah menyusupkan 10 relawan ke wilayah Malaysia.

“Kami telah menyusupkan 10 orang relawan ke Malaysia untuk melakukan aksi intelijen,” kata Mustar di Jakarta, Rabu (9/9). Tugas mereka, kata Mustar, adalah melakukan aksi intelijen guna mengukur kekuatan sekaligus kelemahan pihak Malaysia yang dianggapnya sebagai musuh. [Sumber]
Menurut sebuah lagi akhbar Indonesia, pada 8 Oktober ini seramai 1,500 relawan BENDERA akan menuju Malaysia melalui pelabuhan di Surabaya.
Aktivis Bendera, Adian Napitupulu menambahkan, keberangkatan mereka ke Malaysia tanggal 8 Oktober mendatang sudah disiapkan seksama. Pemberangkatan 1500 relawan itu dilakukan dari pelabuhan Tanjung Perak Surabaya menuju beberapa titik perbatasan. "Lokasi masuknya rahasia." kata dia. [Sumber]

Akhbar The Star juga menyebut pada 8 Oktober ini, 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal dan tidak lut ditikam atau ditembak akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo. Lihat gambar latihan mereka yang begitu primitif dan melucukan serta menyesatkan ini.



Yang pasti, ilmu mistik digunakan untuk tujuan ini. Janganlah kita menjadi seperti rakyat Indonesia yang mengikut jejak syaitan dan menggunakan ilmu hitam seperti gambar di atas. Hanya kepada Allah kita berdoa dan berlindung.

Yang peliknya, adakah kumpulan BENDERA ini menyangka negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang? Satu peringatan wahai BENDERA, undang-undang ISA sedang menunggu kalian.

Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, adalah lebih baik kalian berangkat ke Padang dan guna senjata kalian untuk mengorek tanah bagi mencari mayat-mayat saudara kalian yang kian reput.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini turut dibantu pasukan penyelamat termasuk Malaysia.

Nota : Indonesia itu seperti diberi susu, dibalas tuba. Kita tunggu dan lihat 8 Oktober ini. Beranikah mereka menentang kedaulatan Malaysia atau mereka hanya jagoan kampungan. Kita sebagai rakyat malaysia takkan nak duduk berdiam diri sahaja. Apakah tindakan kita?

Latihan Yang Sebenar

|

Minggu ini adalah minggu yang memenatkan. Agak banyak obstikal yang perlu Sqwad tempuhi. Latihan yang perlu direntangi minggu ini adalah lebih kepada latihan ketahanan mental. Selama manakah anda dapat berdiri jika disepak terajang bertub-tubi tanpa mengenal belas kasihan? Semuanya bergantung kepada ketahanan fizikal dan mental diri anda. Keduanya adalah saling memerlukan agar anda tidak akan mudah jatuh rebah.

Di kelas dan latihan , Memang agak berdesing telinga mendengar tomahan dan kritikan squad dan JL. Sakit dan perit. Betul-betul menguji kesabaran. Bagi sesiapa yang pernah menjalani bagaimana kehidupan dan menjalani kehidupan sebagai seorang militer pasti faham akan situasi sebegini. Walaubagaimanapun, ini semuanya adalah latihan mental yang perlu Sqwad tempuhi. Samalah juga jika diluar. Mungkin akan lebih hebat lagi dugaannya, bukan? Jika di medan dan latihan kita didedahkan lebih kepada ketahanan fizikal, mental adalah sinonim dan susulan kepada fizikal. Ianya adalah constrain kepada seorang jaguh medan untuk memahirkan diri sebagai produk yang berkualiti kepada negara. Jika anda rapuh, anda rebah diperjalanan. Perjalanan tidak hanya terhenti disitu. Pastinya jauh lagi dan lebih banyak dugaan mendatang.

Sememangnya latihan seperti ini adalah untuk ketahanan metal diri.

Size isn't matter. Kita harus sedar sekarang adalah zaman peperangan moden. Yang paling penting ialah siapakah sekutu kita. Jika kita lihat pada Korea Utara, mereka adalah berkefahaman komunis dan lebih suka berpropaganda dan melaga-lagakan negara serantau. Lihat sahajalah media di negara tersebut, medianya lebih gemar mengadu domba dan konsequensnya, ini akan memburukkan keadaan. Berbeza pula dari Korea Selatan, mereka lebih memilih untuk tidak bersifat terlalu defensif dan merupakan inverter dari negara jirannya yang dikatakan lebih besar dan lebih ramai tenaga tenteranya. Kita harus berpendirian seperti Korea Selatan yang bersahaja dengan neutral sifatnya. Tidak gentar apabila digertak dan tidak mudah melenting apabila didebik.

Semuanya tak gentar beb. "Aku seorang yang cekal walaupun berhati tisu", getus hatiku. Kadang kala berdiam diri adalah jalan yang terbaik daripada mempertahankan hak. Silap langkah, binasa diri. Walauapapun, Sqwad tahu bahawa diri sendiri adalah yang terbaik. No one else does.

PERSELISIHAN INDO-MALAYSIA : SIAPA SEBALIK SEMUA INI?

|
Kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia pada hari ini kian memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massa dia negara tersebut kebelakangan ini.

Pada awal September ini. Kita dikejutkan apabila terdapat sekumpulan anti-Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakrat (BENDERA) yang mula bertindar secara membabi-buta dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh tajam dan senjata tajam agar meninggalkan negara tersebut secepat mungkin. Kejadian ini berlaku di Jalan Diponegoro, Jakarta pada baru-baru ini.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh yang diasah tajam menahan dan memaksa orang ramai menunjukkan pengenalan diri dan jika mendapati orang Malaysia, maka orang tersebut akan ditahan.

Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati pelajar Malaysia agar jangan sekali-kali melalui di Jalan Diponegoro bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman pelajar Malaysia di Yogjakarta dibaling telur busuk oleh sekumpulan demokrasi yang terdiri daripada mahasiswa tempatan kerana kemarahkan mereka berikutan sebuah laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia pencuri tarian Pandet yang berasal dari Bali.

Berikutan daripada hal tersebut. Media massa tempatan terus memprovokasikan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula. Beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstraso didepan kediaman Kedutaan Besar Malaysia disini.

Bagaimanapun, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, dan berakhir hanya selepas setengah jam kemudian.

Sqwad percaya, hal ini dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan kita adik beradik serumpun. Kuasa-kuasa yang PHD dibelakang sedang melobikan dan provokasikan supaya berlaku ketegangan yang membawa kepada peperangan antara serumpun.

MALINGSIAL adalah terminalogi yang diberikan kepada Malaysia oleh pihak yang kononnya nasionalis tetapi buta dan bebal tentang kenegaraan dan patriotisme. Istilah ini juga lahir apabila mereka mendakwa Malaysia banyak menciplak karya dan warisan dari Indonesia. Wahai saudara serumpun, hentikanlah semua ini. Tiada guna kita bermusuhan. Kita semua adalah sama. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Zero Mode -The road to surfdom..

|
Salam keudara, Hari ini hari yang penuh bersejarah apabila ‘roomate’ Sqwad baru sahaja reveal Blog dia kepada orang ramai. Beliau merupakan pegawai kadet dan penuntut tahun 2 di NDUM. Ceritanya macam ni, apabila balik dari kelas tadi, jam 0900H. Ternampak shutout di Yahoo! Messenger bertulis “klas military law” berserta link ke blog beliau. Ingatkan link apa, bila buka je.. Wah wah wah, nampaknya dapat juga rakan kita ni mencari kesempatan dalam kesempitan untuk menulis ya..:D..Tereveal sudah.Oh!



Sebenarnya Sqwad mahu comment di blog beliau di Zero Mode tadi. Tapi malangnya beliau tidak mengaktifkan ruangan comment untuk pelawat melemparkan komentar terhadap blog Zero Mode. Walau apa pun, selamat berjaya dan tahniah kerana kerjaya mewujudkan Journal Cube aka personal blog. Err..macam kenal je gaya tulisan?:D

Kali pertama Sqwad berjumpa dengan beliau adalah pada semester lepas iaitu pada sambutan hari pekerja. Banyak kenangan manis yang kami habiskan bersama-sama. Huhu, semoga kita dapat hanging out lagi pada masa yang akan datang ya. Insyallah Sqwad akan ke Kuala Lumpur pada masa yang terdekat ini. Kalau free, boleh la kita gathering lagi ya.:D